Friday, 4 May 2012

InDaHnya BerWuDuk

Rasulullah SAW bersabda "barang siapa berwuduk dengan membaguskan wuduknya,maka keluarlah dosa-dosa dari kulit sampai kukunya"
Wuduk yang sempurna menjamin solat yang sempurna.Hasil wuduk bukannya bersih tetapi suci dari segi Islam.
Tahukah kalian bahawa setiap anggota wuduk yang dibasuh boleh berserta niat ?
Tengok kat bawah ni ye..
Niat ketika:-
  • berkumur            - "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku"
  • membasuh muka -" Ya Allah, putihkanlah wajahku di akhirat kelak"
  • tangan kanan       -" Ya Allah,berila hisab-hisabku di tangan kanan"
  • tangan kiri           - " Ya Allah,janganlah engkau memberi hisab-hisabku di tangan kiri"
  • kepala                -"Ya Allah, lindungilah aku dari panas terik di padang mahsyar"
  • telinga                 -" Ya Allah, ampunilah dosa telingaku"
  • kaki kanan          -"Ya Allah,permudahkanlah aku di titian siratul mustaqim"
  • kaki kiri              -"Ya Allah, bawalah aku ke masjid,surau dan bukan tempat maksiat"   
Banyak hikmah berwuduk dan kita boleh nampak hikmahnya di dunia lagi. Kalau kita amalkan niat ni, sehari mungkin lima kali kita berdoa kepada Allah untuk mengurangkan dosa kita dan menarik kita ke arah kebaikan. Wuduk tak semestinya sebelum menunaikan solat,tetapi boleh diambil sebelum tidur, sebelum ke sekolah,sebelum membaca al-Quran dan sebagainya..

Moga hidup kita sentiasa dirahmati Allah :)


Friday, 16 March 2012

Kisah Vlad Dracula

Mesti pernah dengar perkataan Dracula ,kan ?
Korang akan terbayang seorang lelaki berpakaian segak tetapi berwajah yang menyeramkan dan mempunyai taring yang tajam.Atau korang lebih rasa dracula adalah hantu yang menghisap darah.

Sebenarnya dalam sejarah ternyata ada dracula yang betul-betul wujud.
Dia telah melakukan kehinaan atas umat Islam.
Nama sebenar,Vlad Dracula yang dilahirkan di Wallachia (di atas negara Turki).
Ketika itu,Wallachia dilanda kucar-kacir.Sejak kecil lagi, Vlad melihat pembunuhan manusia.Kepala-kepala mangsa diarak mengelilingi kota bersama tombak.Pengaruh keganasan ini telah meresap dan sebati di jiwa Vlad.Sehingga jika tiada pembunuhan,dia sendiri akan membunuh haiwan dan menyeksanya dengan tombak kecil.
Tatkala berumur 11 tahun, Dracula dan adiknya Radu,dikirim ke Turki untuk memeluk Islam dan hidup aman di sana .Di sana,Dracula belajar tentang ilmu ketenteraan dalam Islam.Hal ini telah menjadikan dia mahir menguasai seni perperangan sejak remaja.Kemahiran dan penguasaannya menarik minat Sultan Muhammad Al-Fateh untuk melantik Dracula sebagai ketua perang Uthmaniyah ketika menawan semula Wallachia di tangan tentera Salib.

Setelah merampas kembali Wallachia,Vlad Dracula tanpa diduga murtad dan menonjolkan pengkhianatan terhadap Al-Fateh.Tentera Uthmaniyah ditangkap , dipenjarakan dan diarak telanjang bulat mengelilingi kota. Lebih biadap lagi,Dracula telah menyula tentera Uthmaniyah dengan lembing sebesar lengan.Selain umat Islam menjadi mangsa,rakyat Kristian Katolik juga dibunuh.

Pernah Dracula mengumpulkan para bangsawan untuk jamuan makan namun semuanya ditangkap dan disula.Kesemua tahanan Dracula hampir 300 orang termasuk kanak-kanak dan wanita.
Dendamnya terserlah apabila dia menangkap dan menyula hampir 30000 para pedagang Turki.Dia turut menyebarkan virus penyakit maut ke wilayah2 Islam.Bahkan dia mangarah pasukannya meracuni sungai Danube.
Akhirnya,Sultan Al-Fateh mengirim 60,000 tentera untuk menangkap Dracula.Pasukannya dipimpin oleh Radu sendiri.Ketahanan mental tentera Uthmaniyah lemah seketika apabila menyaksikan ribuan mayat Islam mati disula.Namun kembali bersemangat apabila Sultan Al-Fateh sendiri di hadapan menggempur pasukan Dracula.
Dracula terbunuh dan kepalanya dipenggal oleh Sultan Al-Fateh sendiri.