Sakit. Terlalu sakit untuk kami teruskan.
Aku rasa sakit yang amat hingga membuahkan dendam kepada mereka, Mereka yang menyusahkan hidup aku. Kami sentiasa berusaha dan cuba, ternyata gugur ditiup semilir. Semangat semacam sudah luntur. Mungkin ada hikmahnya, kami mencapai yang terbaik kami mampu lakukan. Kami memburu kemenangan untuk memuaskan hati mereka...dan kami diburu kerana kesombongan mereka. Sampai di destinasi kami tuju, ketakutan terasa hingga menitik peluh kami. Bukan kerana penat.
Esok, hari permulaan yang mendebarkan. Harapan? Jangan. Kerana itu menyakitkan, kawan.
"Aku tak harap kita menang untuk pusingan pertama. Anggap saje warm up,okey!"
Benar, kami kalah. Sayu hati ini kerana kami bangkit atas kaki kami sendiri. Tapi tidak untuk seterusnya. Hari pertama mencatatkan dua kemenangan daripada tiga pusingan. Alhamdulillah, harapan berputik. Tapi belum cukup mekar untuk esok. Ibu mengucapkan tahniah. Sadisnya, dia langsung tidak persembahan tadi. Hanya kami berempat, memendam kekalahan dan bersorak menang. Tiada siapa lagi, hanya kami berempat.
Baru kami tersedar pada hari kedua. Kami diburu lagi. Rupa-rupanya dikeliling kami ada mata-mata yang tidak kami ketahui.
"Kau...ada nampak?" cuak.
"Tak"
Oh,malang betul aku tak melihatnya. Ah, sudah! Apa semua ni? Kenapa mereka ada di sini?
"Aku tak tahu tapi pastinya nak lihat perkembangan kita"
Ibu kata, "semua tak sabar nak tahu berita kamu kat sini.Tapi ibu diamkan aje." kami ketawa. Pemburu pertama yang ni kami dapat kawal lagi. Memang aku tak nak mereka tahu. Biarkan!
Tapi pemburu yang baru kami syaki nampaknya licik. Diam-diam mereka semua mengintip kami. Ibu tak tahu hal ini.
Pada malam itu, aku terasa ingin lari. Mujur, kawan setiaku menyabarkan aku.
"Kita mintak tolong dia eh?" cadangan.
"Tapi, kalau mereka tahu macam mana?"
Ah! Aku benci dilema ni! Ingat ni dramakah? Dah la tak nak tolong kami di sini, mengintip kami pula tu. Sekarang ni nak minta tolong pihak lain rasa bersalah.
Urrgghh...Gusar. Pusingan ketujuh disenyapkan. Mungkin menang atau tidak. Tapi nampaknya peluang ke menang mara cerah. Tak. Yang penting sebenarnya 20 terbaik. Ya, itulah yang kami buru sebenarnya.
'Abang dengar dapat pergi jauh'
'Mana tahu? Kan yang akhir silent round'
'Kita tengok nanti'
Pulak! Sah sangat kami diburu. Komen di muka buku menyeramkan aku. Cepat-cepat aku padam komen-komen sebentar tadi. Kalau bukan mata-mata tu, siapa lagi? Mereka menyaksikan kami. Mengintai yang aku tak pasti untuk memberi sokongan atau memerli kami. Air mataku gugur. Mujur teman seperjuanganku tabahkan aku.
Sakitnya!
"Weh, dia like gambar insta aku!"
"What?! Mana?"
"Aura yang menyeramkan. Dia tahu pasal kita ke?"
"I guess so.."
Hari ketiga kelegaan untuk kami. Kami berhasil ke menang mara. Tapi separuh kelegaan itu sebenarnya bala untuk kami. Lawan kami kali ni ialah pasukan yang telah mengalahkan kami sebanyak dua kali!
"Nak menang tak? Balas dendam?"
"Kalau menang lawan yang lagi kuat. Jujur aku dah penat"
"Hurm..."
Tak nak. Aku tak nak menang. Akhirnya kami berserah. Ini sudah cukup untuk kami.
Kami berempat pasrah. Ini pemburuan terakhir kami. Sekadar 20 terbaik. Leganya! Amat terasa.
"Kita lepas stress kat TS. Ajak ibu"
"Okey!"
Itulah yang kami tunggu-tunggukan. Bebas dari mata-mata itu. Waktu itu kami mendiamkan insta, muka buku dan burung biru. Kami tak larat menanggung kepenatan emosi ini. Dunia, lihatlah kami bergembira!
Tapi...kami lupa yang kami masih diburu.