10 Jun 2015. Perkenalan kami hanya 2 minggu. Kami tak rapat, tapi dia mesra. Ramah bertanya soalan kepadaku ketika kami bertembung di depan Legal Department. Kami yang masih tercari-cari jadual kelas sama-sama bingung dengan sistem di kampus. Tak lama, kemudian kami berpisah. Dan aku baru sedar, aku ada kelas bahasa dalam masa lima minit lagi!
Sebaik sahaja aku menapak ke kelas, mata aku tertumpu pada dia. Satu kelas rupanya, kebetulan sungguh! Kali ini aku yang mampir kepadanya. Sesi ta'aruf jelas menampakkan dia mesra. Namanya mudah sekali diingat, Ainil Sofeya. Tak lama, usai kelas kami berpisah. Tengah hari itu juga, dia sapaku di ruang sembang Whatsapp. Dia mesra. Menunjukkan dia ikhlas untuk berkawan. Rupanya kami akan sekelas untuk semua subjek. Alhamdulillah, sedikit kelegaan di hati terasa.
Dia mesra. Janjinya nak belanja aku aiskrim kalau tolong isikan namanya di pejabat(atas masalah teknikal yang aku juga sama hadapinya). Tiada masalah, kebetulan aku di pejabat. Sejak itu, harapan aku tak lain tak bukan berjumpa dia di kelas. Dia mesra. Kepetahan dan keramahannya buat aku senang ada kawan lebih ramai.
12 Jun 2015. Jumaat itu, dia tak jadi belanja aiskrim pun. Dia belanja waffle. Okay lah kan, lagi mahal dari aiskrim. Housemates aku semua jealous sebab ada orang belanja aku waffle hahaha! Dia mesra. Mengajak aku keluar makan di Boat Noodle suatu hari nanti. Okay, aku awkward waktu ni. Tapi aku mengiakan sahaja sebab aku juga belum pernah merasa. Apa salahnya kan? Petang itu juga, aku mengajaknya ke sana. Tapi cuaca hujan membuatkannya rasa malas untuk keluar. Tak apalah, lain kali pun boleh.
22 Jun 2015. Isnin. Dia mesra. Kemesraan yang menghiburkan semua orang. Hari itu sangat jelas di pandangan aku. Aku perhatikannya sepanjang hari. Mata aku tak lepas dari dia. Jubahnya hijau terang, diseri dengan beberapa garisan hijau tua yang bersinar. Padanannya tudung satin hijau tua. Selalunya dia memakai contact lens tapi hari itu dia memakai cermin mata. Jalannya mudah dengan kasut flat. Dia mesra. Tapi aku kurang berbicara dengannya. Sekadar senyum bila terserempak.
Dia mesra. Dalam kelas sungguh aktif. Sungguh gamat. Dan aku cuma tersenyum dek tercuit dengan kenakalannya. Pulang petang itu aku cuma di belakang dia dan rakan kelas yang lain. Tapi sikit pun aku tak berniat untuk tegur. Cuma tersenyum mendengar perbualan mereka. Tiba di satu simpang, kami berpisah.
23 Jun 2015. Pagi itu diselubung kesedihan rupanya. Pemergiannya bukanlah satu berita yang aku sangkakan. Aku sedih tapi tak pasti mahu menangis atau tidak. Sebagai tanda penghormatan terakhir aku gagahkan diri juga ke depan blok asramanya. Lemah lutut apabila melihat dia kaku masuk ke dalam van. Waktu itu juga aku melunaskan hak hati aku yang sedih.
Dia mesra. Katanya dia masih tersenyum walaupun pergi meninggalkan kami buat selamanya.
Hari itu, aku berkabung. Menunaikan fitrah manusiaku yang punya rasa sedih dan terkilan.
Sofeya, terima kasih untuk kemesraanmu.
Al-Fatihah.
Allahyarham Ainil Sofeya binti Rozi.