Showing posts with label cerpen cinta. Show all posts
Showing posts with label cerpen cinta. Show all posts

Wednesday, 28 December 2016

Misteri Kak Hana (2)

Fasa Pengintinpan 1

Hari berganti hari, Aqil dan Waqiq bersikap seperti biasa. Cuti sekolah selama dua minggu baru bermula. Di rumah, mereka berborak dengan Kak Hana dan Nad seperti selalu cuma mereka sering menanyakan Kak Hana mengenai rancangan hariannya. Buat apa hari ini? Lepas kelas akak ada apa? Akak ada pergi mana-mana? Akak tak jumpa kawan ke hari ini?  Soalan-soalan ini kedengaran sahaja seperti mengambil berat akan Kak Hana namun Kak Hana berasa agak rimas. Seolah-olah kembar ini ada sesuatu yang diminta. Malah, mereka seolah ingin Kak Hana keluar dari rumah sekiranya tidak ada kerja di rumah! Kak Hana sesekali bertanya juga kalau-kalau kembar ini inginkan sesuatu atau meminta Kak Hana membelikan apa-apa darinya jika dia keluar tetapi mereka menidakkan sahaja. Sudahnya, Kak Hana buat bodoh dengan pertanyaan mereka dan mengganggap tiada apa-apa.

Pernah suatu petang Kak Hana memaklumkan dia akan ke kedai sebentar, bertubi-tubi soalan dari kembar itu. Kat mana? Dengan siapa? Nak buat apa? Nak beli apa? Kak Hana makin pusing. Dia hanya ingin membeli bahan membuat dadih sahaja dan apabila ditanyakan jika mereka ingin mengirim apa-apa barang, tidak ada pula. Tetapi apabila Kak Hana keluar sahaja dari rumah, cepat-cepat hal itu dimaklumkan dalam kotak sembang ‘Misteri Kak Hana’. Apalagi, bergegas Abang Shauqi ke sana. Walaupun setiap satu dari mereka tahu mereka mungkin tidak akan dapat apa-apa petunjuk waktu itu, mereka tidak pernah kesal untuk menggunakan masa mereka mengintip Kak Hana demi memastikan kebahagiaan Kak Hana.

Seperti dijangka, Abang Shauqi pulang dengan tangan kosong. Kak Hana hanyalah membeli barangan dapur di sebuah kedai dan dia berseorangan sahaja. Namun itu tidak mematahkan semangat mereka semua untuk meneruskan rancangan mereka. Demi kebahagiaan Kak Hana yang mereka sayangi, mereka akan terus berusaha kerana mereka yakin Kak Hana layak mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Hal ini kerana mereka semua tahu, Kak Hana dan Maklonglah yang banyak membantu mereka ketika mereka kecil.

Kak Hana pulang lewat suatu hari. Selepas kuliah, dia dan kumpulan kerjanya mengadakan perbincangan sehingga petang. Hal itu sudah dimaklumkan kepada Aqil dan Waqiq yang seperti maklum sibuk bertanyakan rancangan hariannya. Waqiq mengkhabarkan perkara itu di dalam kumpulan sembang mereka dan menyerahkan tugas pengintipan kepada Abang Shauqi. Kali ini dia ditemani Iza yang kebetulan baru selesai kerja rumahnya. Walaupun sekadar perbincangan kumpulan, mereka tidak mahu terlepas peluang kalau-kalau misteri ini ada berkait dengan rakan kumpulan Kak Hana juga. Iza berpura-pura menelefon Kak Hana bertanyakan tentang atuk. Sengaja bertanyakan lokasi Kak Hana, tahulah Iza bahawa Kak Hana sedang berada di perpustakaan universitinya. Usai sahaja Iza mematikan talian, mereka bergegas ke sana. Dengan berhati-hati, Abang Shauqi dan Iza memasuki perpustakaan selepas memakai topi serta cermin mata hitam bagi mengelakkan mereka diketahui Kak Hana.

Tingkat satu sudah diperiksa. Kak Hana tiada di situ. Mereka ke tingkat dua. Namun tiada juga. Atas sekali, di tingkat tiga - tiada juga. Pelik. Mana pula Kak Hana ni? Abang Shauqi dan Iza tidak berputus asa. Mereka memeriksa lagi. Ketika hendak turun ke tingkat dua, Kak Hana dan kawan-kawannya sedang menuju ke sebuah meja di tingkat dua itu. Perlahan-lahan mereka mengekori kumpulan itu dengan jarak yang selamat. Duduk sahaja kumpulan itu, mereka meneruskan perbincangan projek. Abang Shauqi dan Iza mengambil buku besar dari sebuah rak dan duduk berdekatan dengan kumpulan itu tetapi membelakangi Kak Hana.

Proses pengintipan berjalan lancar tetapi agak lambat. Kak Hana dan kumpulannya begitu serius dengan perbincangan menyebabkan Abang Shauqi dan Iza menjadi bosan. Sehinggalah tiba pukul 5 petang, mereka mula beredar satu per satu. Kak Hana dan seorang rakan perempuannya yang beredar dulu. Dengan lagak yang cuba dibiasakan, Abang Shauqi dan Iza mengekori mereka perlahan. Sebaik sahaja turun ke tingkat satu mereka mendengar perbualan Kak Hana dan rakannya.
So, Hana. Jadi ke kau jumpa dia nanti?”
“Entahlah Mia. Aku pening jugak ni. Aku pun tak faham kenapalah dia tak cari perempuan lain aje. Aku ni dahlah busy, tak kuasa aku nak layan dia” balas Kak Hana.
Maybe dia tak biasa dengan perempuan kut, kau kan kasar macam lelaki. Kau tolong je lah dia tu. Kesian pulak aku tengok”
“Tengoklah macam mana. Aku gerak dulu ya. Dah lewat ni.”
Abang Shauqi dan Iza berpandangan, menghantar reaksi wajah yang penuh kekeliruan.

////

“Hmm… mari kita fikirkan kebarangkalian”, ujar Nana sambil menggosok dagu kecilnya. Matanya tertutup dengan gaya berfikir.
“Okay, sekarang ni Kak Hana nak tolong orang tu. Tapi kenapa dia marah-marah masa on call dengan orang tu? Satu lagi, apa pula kaitan duit RM10 ribu dengan mereka?” Abang Aki mengeluarkan persoalan.
“Kak Hana mana pernah marah-marah orang lagi-lagi yang minta tolong daripada dia,” ujar Waqiq.
“Mungkin ceritanya macam ni- Orang tu nak minta tolong Kak Hana, dia nak pinjam duit Kak Hana sebab dia nak kahwin,” Iza mengeluarkan buah fikirnya.
“Ish, nak kahwin pun mintak duit orang. Mintaklah bank”, Kak Najwa membidas.
“Mungkin dia ada problem dengan bank so dia minta Kak Hana duit. Sebab tu Kak Hana marah-marah,” tambah Iza.
“Mungkin juga.”

Mereka terdiam lagi. Memikirkan lagi kebarangkalian yang lain.
“Jangan-jangan orang tu mintak Kak Hana kahwin dengan dia dan dia bayar RM10 ribu tu kat Kak Hana! Oh tidak! Kak Hana kena kahwin paksa ke?!”, Nana seperti biasa terpengaruh dengan novel dan drama melayu mengeluarkan pendapat yang kurang logik. Tanpa disangka-sangka kakaknya, Kak Najwa mengetuk kepala Nana. “Ish, kau ni. Tak masuk akal betul”.

“Waqiq, Aqil. Kau orang kena korek lagi informasi. Nanti cuba tanya benda-benda pasal kahwin ni kat dia” ujar Abang Shauqi.
“Eh?! Macam mana tu?”
“Ala, macam dia ada boyfriend ke, bila nak kahwin ke, ada calon ke tak. Macam tu lah”, tambah Abang Aki. Mereka berdua ni memang sentiasa rasional dan bernas pandangannya. Waqiq dan Aqil berpandangan kemudian mengangguk kepada mereka semua. Begitulah mereka yang gigih menyelesaikan misteri Kak Hana ini.

Waqiq dan Aqil pulang ke rumah selepas dihantar oleh Abang Aki. Kepulangan mereka disambut atuk yang sedang berada di beranda rumah.
“Kak Hana ada kat dalam ke Tuk?”, tanya Aqil.
“Dia keluar. Katanya ada hal”, jawapan atuk membuatkan mata mereka terbuntang. Alamak, terlepas!
“Dah lama ke?”
“Baru aje. Kenapa? Kamu berdua dah makan? Kak Hana kau baru lepas masak”, ujar Atuk.
“Err… atuk tahu tak dia ke mana?”, Waqiq cuba mengorek info.
“Entah. Tak tanya pulak.”
Aiseyman! Cepat-cepat Aqil menaip dalam kotak sembang Whatsapp mereka memaklumkan pemergian Kak Hana.

////

“Hello, akak. Akak kat mana?” Waqiq menelefon akaknya.
“Kat luar ni. Ada hal. Ada apa?”, ujar Kak Hana.
“Err… Waqiq ingat nak minta kirim baranglah”
“Haa, apa dia?”
Ish, bagi je la tau kat mana. Macam mana ni?, Waqiq menjerit dalam hati.
“Err…akak kat mana? Kalau jauh tempatnya takpelah. Nanti Waqiq minta Abang Shauqi hantarkan” Waqiq sengaja memberi alasan. Padahal kalau dekat pun, boleh sahaja minta tolong Abang Shauqi.
“Oh, akak ada kat Kuala Delta”.
“Kuala Delta mana?”
“Hmm? Kawasan taman tasik. Nak apa? Kalau balik akak singgah je la mana-mana”
Fuh! Akhirnya. Waqiq tersenyum.
“Err…belikan pen biru dengan kertas A4. Dah habislah kat rumah”
Jawapan Waqiq menyebabkan Kak Hana keliru. Permintaannya sangat mudah tapi kenapa sampai beralasan minta tolong Abang Shauqi? Sedangkan dengan ibu mereka pun Waqiq boleh kirim barangseperti itu. Dari mana datang pasal Abang Shauqi, ya? Oh, sebab pasal tempat. Kak Hana berfikir sejenak. Waqiq beria ingin tahu lokasinya. Ini menambah keraguan di hati Kak Hana. Seperti mengesyaki sesuatu, Kak Hana cuba bertanyakan beberapa soalan.
“Hmm…okay. Kenapa tak minta tolong ibu je? Akak mungkin balik lewat.”
Waqiq terdiam. Eik, tak pernah-pernah Kak Hana berkira dengan mereka selama ni. Kenapa dia tanya tiba-tiba ni?
“Erm… akak tak cakap pun balik lewat. Ingatkan akak keluar pergi kedai aje. Hehehe”, kalau Kak Hana nampak wajahnya yang sedang sengih palsu ni memang terbongkarlah rancangan mereka!
“Oh, tadi bukan kau orang keluar dengan Abang Aki ke? Kau orang pergi mana?” tanya Kak Hana lagi. Walaupun berbunyi nada merajuk-kerana keluar berjalan tanpa mengajak Kak Hana- namun Waqiq tak merasakan Kak Hana merajuk. Sebaliknya dia merasakan Kak Hana seolah dapat menghidu sesuatu. Tetapi Waqiq cuba menenangkan hati. Mungkin Kak Hana cuma mengambil berat akan mereka.
“Keluar makan. Tapi Abang Aki sebenarnya nak ajak akak tapi dia kata takpelah sebab Kak Najwa dengan yang lain tak dapat datang pun”, bohong Waqiq. Aqil yang sedari tadi mendengar perbualan mereka memandang pelik. Apa kes ni sampai lama sangat nak tahu lokasi Kak Hana?
Waqiq membuat isyarat kecemasan kepada Aqil. Dengan telepati kembar, Aqil memahami maksud Waqiq. Segera dia menjerit dari jauh, “Waqiq, atuk panggil!”
“Ha? Okay! Kak Hana, bye!”
Klik.
Kak Hana memandang telefon bimbitnya dengan kerutan di wajahnya.

“Kau kenapa lama sangat? Kak Hana kat mana?” cepat-cepat Aqil bertanya.
“Kuala Delta. Aku syak Kak Hana macam tahu-tahu aje. Dia tanya aku macam-macam pulak!”
“Kau biar betul?!”

Tanpa menunggu lagi seminit hatta sedetik pun, Aqil memaklumkan hal itu di dalam kumpulan sembang Whatsapp.

///

Kali ini giliran Kak Najwa mengekori Kak Hana. Dia mengenakan cardigan labuh serta selendang labuh untuk menutup separuh wajahnya. Bersertakan topi hitam dan cermin mata gelap, dia mencari-cari Kak Hana di kawasan taman Kuala Delta itu. Taman tasik itu agak luas, namun petang itu tidak ramai orang lagi tiba di situ. Kak Najwa pantas mengecam Kak Hana yang sedang duduk di sebuah bangku batu dengan seorang lelaki. Terkejut bukan kepalang lagi apabila Kak Najwa melihat mereka. Mungkin inilah lelaki yang mereka tercari-cari itu? Mungkinkah Kak Hana kena peras ugut? Dipaksa kahwin? Tak, mungkin tolong aje kut. Pelbagai andaian dan kebarangkalian yang bermain dalam mindanya. Inilah masanya, peluang bagi Kak Najwa mendapatkan informasi atau sekaligus menyelesaikan misteri Kak Hana.

Kak Najwa segera mendekatkan diri dengan pasangan itu. Dia buat-buat melalui belakang mereka dan memperlahankan langkahnya. Susah juga ni, kawasan mereka agak terbuka dan tiada tempat menyorak yang sesuai. Lebih-lebih lagi, dia perlu mendegar butiran perbualan mereka tanpa disedari Kak Hana. Tampaknya mereka berborak seperti biasa tetapi Kak Najwa perlu tahu butirannya. Wajah Kak Hana biasa-biasa. Kak Najwa mula menyangka lelaki itu mungkin teman lelaki Kak Hana tetapi reaksinya yang membosankan seolah-olah membidas andaiannya sendiri. Kak Hana tidak pula marah-marah, maksudnya lelaki ini mungkin tidak pun memaksanya apa-apa. Habis, apa yang berlaku sebenarnya? Siapa kahwin siapa? RM10 ribu? Tolong?

“Itulah, Hana. Aku pun tak sangka. Jodoh agaknya”
“Baguslah kalau macam tu. Bila nak beli cincinnya?”, soal Kak Hana. Terenjut bahu Kak Najwa mendengarnya.
“Esok. Hana ikutlah sekali ya. Aku tak pandai pilih sendiri. Please”
“Hahaha. Okay je kut”, tanpa disangka Kak Najwa, Kak Hana dan lelaki itu bangkit dari tempat duduk mereka lantas terlanggar Kak Najwa. OH MY GOD! Matilah aku. Kak Najwa menundukkan badannya, konon-konon akibat perlanggaran tadi sedangkan dia cuba menyembunyikan wajahnya dari pandangan Kak Hana. Cepat-cepat dia menutup separuh bawah hidung dengan selandang labuh tadi.
“Eh, sorry!” spontan Kak Hana berkata.
Kak Najwa yakin dia akan diketahui kalau dia membalas ucapan maaf itu dan dia juga bukanlah pandai sangat menyamar. Kak Hana dengannya paling dekat, sudah bertahun tinggal bersama, gerak-geri badannya dan suaranya pasti mudah dicam oleh Kak Hana. Satu sahaja pilihannya kini - lari!

Terkejut Kak Hana apabila wanita itu berlari begitu sahaja tanpa memandangnya. Ucapan maafnya juga tidak dibalas. Walaupun wanita itu menutup wajahnya dengan selendang labuh dan cermin mata gelap, Kak Hana seolah-olah mengenali wanita itu. Wajahnya memaparkan reaksi pelik.

Ketika di dalam kereta, Kak Najwa memberi laporan pengintipannya dalam kumpulan sembang mereka. Ramai juga yang mengecam kecuaiannya namun misi pengintipan mereka tidak habis di situ. Kak Najwa melihat dari jauh Kak Hana dan lelaki itu memasuki sebuah restoran. Kali ini mustahil baginya untuk mengintip lagi kerana tidak mungkin baginya memakai pakaian yang sama. Nana menyambut tugasan ini. Dia yang baru sahaja tiba di Kuala Delta itu segera ke lokasi yang diberitahu oleh kakaknya. Dengan buku di tangan, Nana berpura-pura membaca di sebuah meja, membelakangi Kak Hana. Topinya ditundukkan sedikit, menutupi separuh cermin mata gelapnya.

Rupanya bukan mereka berdua sahaja di restoran itu. Beberapa minit kemudian, dua lagi rakan mereka tiba untuk menyertai makan petang itu.
“Tahniah Jebat! Tak sangka aku kau dah nak kahwin”, ujar seorang rakan lelakinya.
“Terima kasih”

Tahulah Nana nama lelaki itu Jebat. Nana mengeluarkan telefon menghantar informasi terbaru kepada mereka.

***Misteri Kak Hana***

Abang Aki - Uiks, apa klasik sangat nama

Iza - Jap, so kak hana mmg kahwin la dgn lelaki tu?

Nana - Entah. Tak dengar lagi.

Kak Najwa - Maybe weh!! tadikan dah cakap pasal cincin!

Iza - OMG!!

Abang Aki - Chill chill. Nana kau buat dulu kerja kau

Nana - Roger!

     ********

Kak Hana dan rakannya berborak seperti biasa. Nana teruskan mendengar. Sambil-sambil itu, Nana melayan akaun Instagram. Ketika itulah, ideanya datang menjelma. Dia sudah tahu nama lelaki itu Jebat, maka dia akan mencari akaun miliknya melalui senarai pengikut Instagram Kak Hana. Namun, sayang sekali akaun Jebat bukan akaun terbuka, dia tidak dapat melihat foto-foto pemilik akaun tersebut. Nana menghentikan misi stalking itu.

“Kau orang bila pulak?” tanya Kak Hana.
Rakan perempuannya menyahut, “Eh, eh tanya orang pulak. Tunggu kau dululah. Hahahaha!”
“Aku belajar lagi ngok. Lepas dapat kerja nantilah baru fikir”

Nana sudah mengagak. Kak Hana bukannya kahwin dengan lelaki bernama Jebat itu. Seketika dia merasakan tindakan mereka ini hanya andaian semata-mata. Mungkin Kak Hana hanya membantu Jebat sahaja. Sebagai peminat novel dan drama, Nana dapat menganalisis situasi dengan cepat. Nana mengeluh. Terasa sia-sia pula rancangan ini. Mungkin dia dan sepupu-sepupunya terlebih reaksi. Mungkin juga mereka hanya terlebih risau. Kalaulah Kak Hana tahu apa yang mereka lakukan ni dibelakangnya, matilah mereka semua!

“Eleh, takkan kau tak ada calon pulak. Mamat hari tu amacam?” usik Jebat.
“Uish, tak ada apa-apalah! Kenal pun tak”
“Eh, kau tak tahu ke Jebat? Hana dah ada yang punyalah! Sebab tu aku tunggu dia kahwin dulu. Ha, dia tak cakap apa-apa ke Hana?” rakannya memecahkan rahsia. Wajah Kak Hana berubah kelat, bengang dengan mulut tempayan rakannya yang satu itu. Jebat pula terkejut mendapat berita itu.
“Seriuslah Hana? Hahaha patut aku ajak kau naik pelamin sekali dengan aku aje. Jimat duit buat kenduri. Hahaha!” usik Jebat lagi.
“Ish dahlah! Aku tak nak cakap pasal tu” marah Kak Hana.
“Eleh, marah konon. Garang sangatlah kau ni Hana. Macam manalah lelaki tu boleh nakkan kau” mereka semua ketawa. Nana pula hampir tersedak! 


***Misteri Kak Hana***


Nana -  kita ada masalah baru !!!

Waqiq - Apa???

Abang Shauqi - ???

Nana - ok. Lemme explain first. Jebat dengan k.hana seriously takde apa2. yang nak
kahwin Jebat sorang aje. K.hana cuma tolong dia. Ok, nana rasa kes tu da settle. Tapi tadi nana dengar yang k.hana dah berpunya!

Kak Najwa - biar betik!

Aqil - eeeehhhh !! tak pernah pulak perasan.

Abang Aki - sape duh?

Iza - omg! Sape?!

Nana - nana tak tahu. T^T tapi pasal duit tu nana rasa takde kaitan dgn k.hana.

Iza - ok. so kita kena carik la sape lelaki tu?

Kak Najwa - hmm yela kot. Takkan lah nak bagi k.hana kahwin dengan tah sape2.

Abang Aki - kita jumpa weekend ni.

Aqil - Yosh!

Abang Aki - kau da balik ke nana? Waqiq dgn aqil jangan lupa tugas korang.

Waqiq - no problem.

Nana - dah. Ok, kita jumpa nanti.

******

Fasa pengintipan 2

Zaki, Iman dan Aris sudah menghabiskan cuti sekolah selama seminggu mereka di rumah sahaja. Mereka berhasrat ingin menziarahi atuk di Kuala Petang pula minggu itu. Kakak mereka, Iza berada di rumah Kak Najwa dan Nana kerana bersekolah di tempat yang sama dengan Nana. Sedikit sebanyak, mereka rindu juga akan kakak mereka itu. Maklang bersetuju akan menghantar mereka petang Jumaat itu ke sana. Kak Hana dan Maklong sudah dimaklumkan. Seperti biasa, mereka menyambut kehadiran saudara mereka itu.

“Zaki !” jerit Waqiq. Aqil dan Waqiq berlari mendapatkan Zaki. Mereka bertiga tersenyum gembira dan bergelak ketawa setelah berjumpa. Lantaran di usia yang sama, Zaki paling rapat dengan kembar ini dan mereka sering bersama. Makan malam pada Jumaat itu cukup meriah. Selain daripada mereka bertiga, Paklong, suami kepada Maklong juga pulang. Zaki juga mengajak Kak Najwa, Nana dan Iza datang ke rumah itu untuk makan bersama.

Selepas makan malam, Zaki berborak dengan kembar dua itu. Pelbagai topik disembang mengundang ketawa daripada mereka bertiga. Zaki cukup seronok dapat bertemu mereka setelah sekian lama sejak cuti sekolah ketika perayaan tahun baru cina.
“Kenapa kau tak balik minggu lepas, weh?” tanya Aqil.
“Ibu aku ada hal. Lagipun ibu suruh kami habiskan kerja rumah dulu. Haha sorrylah”, jawab Zaki.
“Hmm… itulah, kau dah terlepas cerita hot. Ada benda besar berlaku!”
Zaki memandang pelik. Sejak bila pula mereka berdua ni suka bergosip? Kalau ada benda nak diceritakan pun, biasanya mereka cerita macam biasa sahaja.
“Amende? Lain macam je aku dengar”
Aqil dan Waqiq tersengih sumbing. Kemudian mereka berjalan ke arah Iza yang berada di pangkin itu untuk membuka kisah misteri Kak Hana. Iza mengambil keputusan untuk tidur di situ bersama adik-adiknya yang baru sampai sementara Kak Najwa dan Nana sudah pulang ke rumah selepas solat Maghrib berjemaah tadi. Terkejut juga Zaki dengar. Walaupun Zaki bukanlah antara sepupu yang pernah tinggal di rumah itu ketika kecil, dia tahu betapa Iza amat menyayangi Kak Hana sebegitu juga dengan dia yang menyenangi Kak Hana.

“Habis, Nad tak tahu ke?”
“Tak. Takut nanti kalau dia pun action jugak, Kak Hana boleh syak apa-apa” jawab Aqil.
“Hmm… tapi bukan ke Kak Hana tidur dengan Nad? Kan lagi senang nak minta Nad carikan petunjuk?”
Iza dan kembar itu terdiam. Mungkin betul kata Zaki.
“Ya tak ya juga kata kau. Tapi, boleh ke Nad tu?” ujar Iza.
“Memandangkan kau orang pun dah balik sini, aku rasa boleh kut ada yang cover kan kita. Jangan bagitahu Aris dengan Iman.”
“Kita tanya yang lain sekali”

***Misteri Kak Hana***

Aqil menambah Zaki ke dalam grup

Aqil - Zaki cadangkan kita komplot dengan Nad. Dia lagi rapat dgn Kak Hana.

Abang Aki - amboi, baru masuk dah ada cadangan. Advance betul Zaki.

Kak Najwa - hahaha welcome to the gang zaki

Zaki - hehehe spontan je idea. Takde lah, k.hana kan perempuan. Nad pun perempuan. Selalunya benda-benda private ni diorang suka bincang sama diorang je.

Nana - bijaknya kau hahaha apehal kita tak terpikir pun ek?

Aqil - macam tu la ideanya. Sy ada dgn waqiq dan kak iza ni.

Abang Aki - kau orang tak tanya k.hana pasal tu lagi ke?

Aqil - belum hehe sorry.

Abang Shauqi - uiks, apa cer ni? Eh zaki kau balik ke?

Zaki - hai abg shauqi. Haah baru petang tadi.

****

Setelah berbincang beberapa perkara, kata sepakat dicapai. Mereka akan merekrut Nad sebagai ahli baru juga. Aqil dan Waqiq juga merasakan Nad sesuai untuk mengorek informasi dengan lebih efisien. Kemudian, Aqil masuk ke rumah mencari-cari Nad di ruang tamu. Kelihatan Nad sedang bermain dan berborak dengan Aris dan Iman.

“Kau orang buat apa tu?” tegur Aqil.
“Abang Aqil, Iman dah berjaya masuk level 7 ! tengok ni”, si kecil Iman menjawab. Rupanya mereka sedang bermain aplikasi permainan lumba kereta.
“Wah… pandainya Iman. Kak Hana mana?”
“Ada dalam bilik. Buat kerja kut” jawab Nad.
“Awalnya” Aqil menoleh-noleh sekeliling mereka. Maklong dan Paklong sedang menikmati minuman panas dengan atuk sambil berborak. Sememangnya Kak Hana tiada di situ.
“Nad, ikut aku kejap. Ada benda nak cakap”
Nad memandang pelik. Namun dituruti juga permintaan Aqil.
Mereka ke pangkin luar rumah itu. Iza, Waqiq dan Zaki setia menunggu. Apabila terpandangkan mereka, Nad semakin pelik. Macam serius sangat aje bunyinya ni.

Iza memulakan bicara. Menceritakan segala hal dari A hingga Z mengenai misteri Kak Hana itu. Pada awalnya Nad hampir ketawa terbahak-bahak membayangkan tindakan-tindakan lucu sepupu-sepupunya itu. Dia tidak pernah menyangka sebegitu sekali mereka bertindak demi Kak Hana kesayangan mereka itu. Namun, demi memikirkan masa depan kakaknya jua, Nad terbuka hati untuk turut serta dan merahsiakan hal ini daripada sesiapa. Tetapi Nad tidak akan dimasukkan ke dalam kumpulan sembang khas mereka kerana khuatir Kak Hana akan ternampak jika dia sedang bermain dengan telefonnya. Hal ini juga di atas permintaan Nad. Lagipun, dia boleh sahaja menyampaikan apa-apa makluman melalui abang kembarnya itu.

Sewaktu Nad masuk ke bilik untuk tidur, dia melihat Kak Hana baru sahaja selesai mengerjakan solat Isyak. Sangkanya Kak Hana sudah tidur rupanya dia masih berjaga. Ingatannya kembali kepada perbincangan di pangkin sebentar tadi. Kali ini misi mereka ialah untuk mengetahui siapakah lelaki yang dikatakan sebagai teman lelaki Kak Hana itu. Nad tidak pernah terfikir tentang hal ini - memastikan Kak Hana mendapat pasangan yang ideal - yang tanpa disangka-sangka sepupunya lebih prihatin terhadap Kak Hana berbanding dirinya sendiri. Nad tidak pernah pasti kenapa tetapi yang dia tahu mereka benar-benar sayangkan Kak Hana.

Sejujurnya, Nad seringkali perasan Kak Hana akan tersenyum, tersengih ataupun ketawa seorang diri apabila sibuk bermain dengan telefonnya. Nad pernah usik Kak Hana kalau-kalau dia sedang bersembang dengan teman lelaki atau sekadar crush, namun Kak Hana menafikan dengan menyatakan itu hanyalah perbualan dalam kumpulan sembang kawan kolejnya. Nad tidak pula mempertikaikan lagi kerana dia sendiri faham keadaan itu; kadang-kadang kawan buat lawak bodoh atau menghantar media yang menggelikan hati - Nad sendiri pernah ketawa terbahak-bahak sebab itu. Sebab itu Nad tidak pernah memikirkan hal itu dengan lebih mendalam.

Tetapi, apa yang disampaikan oleh Kak Iza tadi bermain dalam mindanya. Mungkinkah sememangnya Kak Hana ada teman lelaki? Kalau betullah apa yang Kak Nana dengar ketika misi pengintipan itu, maka betullah Kak Hana sudah berpunya.

“Aris dengan Iman dah tidur?” soalan Kak Hana mematikan lamunan Nad.
Nad memandang Kak Hana sebelum menjawab, “Ha, sudah. Dengan Kak Iza kat luar. Tadi Nad bentangkan toto untuk diorang”.
Kak Hana sekadar mengangguk. Kemudian dia melompat ke atas katil dan baring disebelah kanan katil. Nad ikut baring sebelahnya sambil berlagak melihat telefonnya. Sesekali Nad cuba mengintai skrin telefon Kak Hana. Namun, kelihatan seperti tiada apa-apa yang boleh membantunya. Nad mengambil keputusan untuk bertindak.

“Tahun depan akak habis belajar kan?”
“Haah. Tinggal praktikal nanti”, jawab Kak Hana tanpa memandangnya.
“Oh. Nanti akak nak kerja kat mana? Kat sini je ke atau hijrah tempat lain?”
“Tak tahu lagilah Nad. Tengok rezekilah. Kalau dapat jauh pun akak tak risau, korang kan dah besar” kali ini Kak Hana memandang Nad dengan senyuman.
Nad membalas senyum. “Hmm…cepatnya masa berlalu kan kak? Nanti Nad pun dah nak ambil SPM. Abang Aqil dengan Abang Waqiq pun dah masuk universiti…”
Nad ketawa kecil. “tu pun kalau diorang nak sambung universiti haha”
“Insya Allah adik-adik akak semua berjaya nanti”
“Hmm yelah. Pastu akak pun mungkin akan kahwin”
Kak Hana diam.
“Akak nak kahwin umur berapa?” sengaja Nad bertanyakan seperti itu.
“Hmm…mungkin lepas akak dapat kerja. 26 atau 27 kut?”
“Tak lambat ke? Agak-agaknya akak suka lelaki yang macam mana?” Nad bertanya manja.
Kak Hana tersenyum kecil sebelum mengiringkan badannya ke arah Nad.
“Hahaha. Akak pun tak ada ciri-ciri spesifik lagi. Mungkin yang bekerja keras dan jujur?”
Nad mencebik. Simple betul Kak Hana ni. Cubalah demand sikit.
“Macam ayah ke?”
“Hmm, macam ayah”
Nad cuba pancing lagi. “Akak, kat sekolah kan Nad ada minat seorang budak lelaki ni. Dia suka usik Nad. Kecoh, selalu buat bising. Tapi dia baik sangat dengan Nad. Tapi Nad tak pasti nak bagitahu dia ke tak pasal perasaan Nad ni”
“Nad pasti ke dengan perasaan Nad? Lagipun Nad muda lagi. Takut tu semua mainan perasaan aje”
Nad suka sisi Kak Hana yang satu ini. Rasional dan matang. Kak Hana baru 24 tahun tetapi pemikirannya dan perlakuannya sangat matang, jauh dari umurnya sendiri. Kalau dia menghadapi masalah, dia paling senang menceritakan masalahnya kepada Kak Hana.
“Macam mana nak tahu ?”
“Kalau Nad sekadar sukakan dia sebagai kawan, cukuplah Nad layan dia seperti biasa. Tetapi berbeza kalau Nad sukakan dia sebab Nad kagumkan sesuatu tentang diri dia, cukuplah Nad anggap itu keistimewaan dia. Nad muda lagi. Perasaan seperti yang Nad rasa tu cuma sementara. Nanti dah besar, Nad akan dapat bezakan sendiri.”
“Hmm… macam tu. Akak pernah rasa macam tu ke? Sekarang akak dapat bezakan ke? Akak kan dah besar?” soalan Nad membuatkan Kak Hana terkesima. Dia terdiam sebentar sebelum menarik nafas dalam.
“Pernah sekali masa dulu.”
“Sekarang?”
Kak Hana menoleh, badannya menghadap siling.
“Insya Allah, nanti akak akan berjumpa dengan yang pasti”

Jawapan Kak Hana tentunya tidak memuaskan hati Nad. Tampaknya Kak Hana masih belum mahu membongkarkan statusnya. Nad mengeluh berat sebelum memejamkan matanya.

Misteri Kak Hana (1)

Kak Hana bukan sebarangan gadis, bukan gadis biasa-biasa. Mungkin pada pandangan manusia biasa dia hanyalah gadis biasa berumur 24 tahun yang sedang melanjutkan pelajarannya di sebuah institusi pengajian awam biasa serta menjalani kehidupan biasa. Tetapi tidak bagi mereka. Kak Hana merupakan insan yang paling dekat di hati mereka. Jasa Kak Hana pada keluarga begitu besar. Tampak sahaja tugas biasa tetapi siapakan tahu dialah tulang belakang keluarga besar ini. Beban yang digalas bukan ringan malah mereka sendiri belum tentu mampu menjadi seperti Kak Hana. Sebab itulah Kak Hana merupakan insan yang paling disayangi oleh mereka.

Kak Hana mempunyai empat beradik. Dia merupakan yang sulung, adik lelaki kembar dua dan seorang lagi adik perempuan. Dan dia jua lah yang paling tua dalam kalangan mereka semua. Sejak kecil, mereka berempat tinggal di rumah pusaka nenek sambil menjaga atuk mereka. Ibu mereka, yang dipanggil Maklong masih bekerja manakala ayah mereka pula tinggal di luar kawasan dan pulang ke rumah sekali sekala. Sering juga mereka akan melawat atuk serta Maklong di rumah pusaka itu. Dan tentu sekali mereka akan bermain dengan adik-adik Kak Hana.

Ketika Kak Hana masih di sekolah menengah, mereka tinggal di rumah nenek kerana ibu bapa mereka semua perlu ke KL untuk menyelesaikan urusan tanah di sana. Sepanjang mereka tinggal di sana, Kak Hanalah yang menjaga makan minum dan pakaian mereka. Kak Najwa yang muda 3 tahun dari Kak Hana sekali sekala membantu kerja rumah. Maklong bekerja di sebuah pejabat kecil manakala arwah nenek meniaga kuih dan tumpang di sebuah warung di pekan untuk menambah pendapatan.

Semenjak kelima-lima sepupunya tinggal di rumah itu, tanggungan dan perbelanjaan semakin menambah. Ibu bapa mereka setiap bulan ada juga menghulurkan duit namun sehinggalah suatu ketika mereka tidak dapat mengirim duit seperti selalu kerana kesempitan wang. Urusan tanah dan mahkamah di sana mendesak kewangan mereka. Maklong dan arwah nenek amat memahami hal itu. Kak Hana juga sebagai yang paling tua paling kuat mengerah tenaga membantu arwah nenek membuat kuih dan mengambil tempahan lebih. Pernah suatu ketika sesi persekolahan akan tiba, Kak Hana mengeluarkan duit simpanannya untuk membeli barangan sekolah mereka. Selepas arwah nenek meninggalkan mereka, kesempitan kewangan keluarga besar itu semakin menambah. Kak Najwa, Abang Shauqi, Abang Aki, Iza dan Nana pernah menghalang Kak Hana daripada menggunakan wang simpanan itu namun Kak Hana berkeras juga untuk mereka.

Beberapa tahun berlalu sehinggalah mereka sudah kembali tinggal di rumah masing-masing dengan keluarga mereka selepas urusan tanah itu selesai ketika Kak Hana baru sahaja memulakan Tingkatan 6. Namun, hubungan mereka masih rapat dan kasih sayang mereka terhadap Kak Hana masih utuh. Mereka begitu prihatin dengan keperluan Kak Hana seolah apa sahaja keperluan rumah itu mereka akan cuba penuhi lebih-lebih lagi setelah pemergian arwah nenek.

Dan keprihatinan mereka tercabar. Sesuatu akan berlaku atau mungkin telah berlaku yang menyebabkan mereka tidak dapat duduk senang. Sayangnya mereka terhadap Kak Hana bukanlah untuk mengongkong kehidupan Kak Hana tetapi mereka mahukan yang terbaik buat Kak Hana. Dua orang adik lelaki Kak Hana- Aqil dan Waqiq yang mengetahui hal ini dahulu kerana mereka tanpa sengaja terdengar perbualan Kak Hana dalam telefon. Nad, adik perempuan bongsu tidak dimaklumkan kerana tidak mahu tingkah laku mereka jadi kekok dan menyebabkan Kak Hana curiga. Tak apa, biarkan sahaja Nad bersikap biasa untuk membantu mereka menyembunyikan rahsia ini.

Abang Shauqi dan Abang Aki antara yang awal diberitahu oleh Aqil dan Waqiq kemudian Iza, Nana dan Kak Najwa. Sepupu-sepapat ini antara golongan generasi yang teratas maka hubungan mereka agak rapat. Terkejut - reaksi yang paling dijangka oleh Aqil dan Waqiq. Namun, setahu-tahu mereka pun mereka berpakat tidak akan membocorkan rahsia ini pada Maklong atau ibu-ibu mereka. Resah. Gelisah. Tidak mampu untuk berdiam dan berbincang dalam kotak sembang Whatsapp semata-mata, mereka berpakat untuk duduk semeja berbincang akan hal ini.

Abang Aki, Abang Shauqi, Kak Najwa, Nana, Iza, Aqil dan Waqiq bersetuju untuk berjumpa di sebuah tempat makan. Setelah kesemua mereka hadir, barulah perbincangan dimulakan.
‘‘Okay. Aqil dan Waqiq, beritahu apa lagi informasi yang kau orang dapat tahu baru-baru ini’’, Abang Aki memulakan bicara. Kesemua pasang mata memandang mereka berdua. Sebagai adik Kak Hana dan yang paling dekat dengan Kak Hana, mereka mendapat akses luas untuk mengorek informasi baru dengan menyiasat secara tidak bertauliah.
“Kak Hana akan berjumpa orang tu. Tapi tak tahu lagi di mana dan bila”, ujar Aqil.
“Yang lebih merisaukan ialah Kak Hana ada sebut pasal duit,” tambah Waqiq.
“Berapa?” Iza dan Nana hampir serentak bertanya.
“Erm…macam ada dalam RM10 ribu…kut?” Waqiq tidak pasti. Perbualan Kak Hana yang diintip oleh Aqil dan Waqiq kurang jelas didengar.
“Banyaknya! Kak Hana ada hutang ke? Ke Kak Hana yang mintak duit banyak tu?” soal Kak Najwa.
“Saya tak pastilah, Kak Najwa. Masa tu tak dengar sangat. Tapi takkanlah Kak Hana ada hutang orang banyak tu?” kerisauan Aqil terserlah.
"Kadang ada jugak bila Kak Hana dapat call dia masuk bilik. Kami cuba dengar lagi, tak dapat" tambah Waqiq.

Semuanya bermula apabila Aqil dan Waqil baru pulang dari kelas tambahan di sekolah petang itu. Mereka merupakan kembar dan pelajar Tingkatan 5. Nad walaupun sudah tiba rumah tengah hari tadi selepas sekolah tidak ada di rumah petang itu kerana pergi keluar bersama atuk mereka ke kedai. Kehadiran kembar itu tidak disedari oleh Kak Hana yang berada di dapur. Waktu itulah Kak Hana sedang menghubungi seseorang di telefonnya. Tanpa disengaja, mereka terdengar perbualan Kak Hana. Kak Hana sepertinya sedang marah-marah. Suaranya keras. Sesekali dia mengeluh kuat dan mendengus. Berang dengan penghubungnya barangkali. Namun tiba-tiba Kak Hana terjerit perkataan yang tidak dijangkakan oleh mereka berdua.
“Kahwin?!”
Jeda sebentar.
“Tapi aku kan tengah busy ni, banyak assignment. Kau tak ada orang lain ke?”
Jeda.
“Hahaha, tak kuasa aku nak naik pelamin dengan kau”
Jeda.
“Ughh. Oklah. Bye”
Klik.
Aqil dan Waqiq bergegas masuk ke bilik sebelum kehadiran mereka disedari Kak Hana.
 Kemudian itulah, Aqiq menubuhkan kumpulan sembang baru di Whatsapp dan ditambah masuk sepupu-sepupu mereka yang lain. Kumpulan yang dinamakan ‘Misteri Kak Hana’ itu menjadi kecoh dengan cerita yang disampaikan oleh kembar itu. Dan kini, mereka sedang duduk semeja untuk membincangkan misteri ini.

“Apapun yang berlaku, kita kena tahu dulu siapa lelaki tu,” cadang Iza.
“Bagaimana kau tahu itu lelaki?” curiga Abang Shauqi.
“Eh, ya tak ya jugak. Aku terpikir sebab Kak Hana cakap pasal kahwin,”
“Erm, mungkin jugak. Sebab kami pun rasa itu lelaki.” Aqil dan Waqiq menyokong.
“Kalau betullah Kak Hana cakap pasal kahwin, pastu pasal duit…by hook or by crook kita kena tahu jugak siapa dia tu!” Nana menambah.
Oh my god, kita tak boleh biarkan Kak Hana kena kena peras ugut dengan orang tu!” Iza juga bertambah angin apinya.
“Okay. Jom set up plan kita” ujar Nana dengan semangat.

     Keputusan sepakat diraih. Aqil dan Waqiq memainkan peranan yang begitu besar dan penting. Maklumlah, mereka sahaja yang ada di rumah dengan Kak Hana sepanjang masa. Pertama sekali Aqil dan Waqiq perlu tahu waktu dan tempat Kak Hana akan berjumpa dengan penghubung itu. Selain itu, gerak geri Kak Hana juga mereka perlu perhatikan. Selain daripada jadual kuliah Kak Hana, Aqil dan Waqiq perlu tahu kalau-kalau Kak Hana ada keluar ke tempat-tempat lain. Waktu ini, Abang Shauqi akan mengintip Kak Hana dari jauh. Selepas mendapat tahu butiran temu janji Kak Hana nanti, Nana dan Kak Najwa akan ke sana untuk mengintip pula. Sementara Abang Aki dan Kak Najwa akan bergilir-gilir menziarahi rumah mereka. Selain daripada cuba mengorek rahsia Kak Hana, mereka juga akan cuba mencari apa-apa petunjuk di sana. Begitu semangat sekali mereka ingin menyelesaikan misteri Kak Hana mereka.


bersambung...

Thursday, 8 September 2016

Cerpen : Silap

Aku... dapat surat cinta...?

'Saya sukakan awak. Dah lama saya perhatikan awak. Harap awak sudi jadi teman istimewa saya. 

Yang benar,
Seri.'

Sumpah. Aku tak kenal siapa Seri. Seri mana? Weh... siapakah minah ni? Adoi...pagi-pagi dah buat jiwa aku kacau. Surat tersebut kulipat semula dan simpan dalam laci meja. Pagi tadi aku datang awal dan letakkan beg di kerusi bahagian tengah kelas. Kemudian aku keluar berjumpa Kamal dan makan bersama. Tahu-tahu bila aku datang semula ke bilik kuliah ni, ada surat atas meja. Tak tahu pulak tu surat cinta. Rasanya tak ada classmates nama Seri. Budak course mana ni? Persoalan tu aku biarkan sahaja berlalu apabila Madam Liza masuk ke kuliah.

*****

Kamal menghilang ke perpustakaan lepas makan tengah hari. Katanya ada perbincangan grup. Lepas solat zohor di surau, aku terus bergerak menghala ke bilik. Aih, nak tidur je rasa sekarang tapi banyak pulak kerja nak kena buat. Petang pulak nak main bola. Esh, macam dah bosan nak belajar.

"Assalamualaikum", sapaan itu membuatkan kakiku terhenti. Ada seorang gadis kecil molek di hadapan aku. Nampak macam junior.
"Waalaikumussalam. Ada apa?"
Gadis itu nampak malu-malu. Seolah teragak-agak nak cakap.
"Saya... err.. Seri. Pasal surat tu..er.."
Oh. Diakah orangnya?!
"Kau yang bagi?" Seri mengangguk.
"Ha? Err.." lamanya minah ni nak cakap. Segan sangatkah?
"Hey" panggilku. Seri memandangku kosong.
"Terima kasih." Aku tersenyum. Hmmm syok jugak kalau aku main sorang awek kat sini. Tak la hidup asyik rasa nak belajar je. Seri macam terpinga.
"Hmm.. balasan pada surat tu, aku cuma nak cakap,  aku... okay je."
Terkebil-kebil Seri. Terkejutkah dia aku dengan begitu mudah memberi jawapan ya ?
"Jumpa esok" aku terus berlalu sambil mengusap kepalanya. Hmm...aku nak tengok sejauh mana dia sukakan aku ya? Hati macam berbunga riang dah. Malas nak fikir, baik aku balik bilik sekarang.

*****

Damn! Aku dah terlambat nak ke kelas. Walaupun kelas pukul 9.00 am tapi kalau bangun pukul 8.45, kau rasa ?
Memang mandi badak je la aku. Si Kamal bukan nak kejutkan aku. Tak guna!
Cepat-cepat aku keluar bilik dan lari ke bilik kuliah. Memang dah tak pandang kanan kiri. Sampai depan bilik kuliah aku terkejut nampak Seri ada kat situ. Mana dia tahu aku ada kelas kat sini pagi ni? Dia cari aku kah?
"Kau buat apa kat sini?" Tanyaku kemengahan sambil melihat-lihat kalau lecturer aku dah masuk. Fuh, belum sampai lagi! Nasib baik.
"Err... saya nak cakap something. Penting sangat"
"Sekarang ke?"
"Eh tak lah. Awak habis kelas bila?"
"Pukul 12. Jumpa kat Kafe Bukhari." Aku terus menetapkan tempat temu janji kami. Erk, dating? Whoaa.. maju kau sekarang. Seri mengangguk setuju. Terus aku berlalu sambil usap kepalanya lagi.
"Jumpa nanti", kataku sambil senyum. Seri beredar dan aku terus mengambil tempat di kelas.

Kamal menepuk bahu. "Siapa tu weh?"
Aku menolehnya tajam. "Apahal kau tak kejut aku?!" , bajet marah. Kamal ketawa kecil. "Aku kejut okay. Kau dah bangun dah masa aku nak blah tadi. Kan aku da cakap aku ada hal so aku keluar awal. Sape suruh kau sambung tidur? Haa, bangun pukul berapa tadi?"
Cliche. Biasalah tu, aku pun bukan marah sangat. "Pukul 8.45 rasanya. Nasib baik lecturer tak datang lagi"
Kamal menggeleng. "Eh, kau tak jawab lagi soalan aku. Siapa tadi tu? Awek ke? Tak habaq pun kat aku" usiknya. Aku malas nak jawab. Nasib baik jugak kuliah dah nak start masa lecturer masuk. Soalannya dibiar tergantung.

*****

12.20 pm. Aku tahu aku lambat. Tadi aku terpaksa ke bilik Madam Liza sebab ada hal penting. Minah tu still tunggu ke kat situ? Harap dia tak marah. Aik? Since when I do care for her? Uggh gross gila. Dah la tak kenal. Lepas tu couple dengan dia.
Saat aku menapak di kafe itu, aku mencari kelibat Seri. Dia duduk di hujung kafe. Baru saje aku nak bergerak ke arahnya, ada dua orang lelaki menghampiri meja Seri. Nampak macam menggatal je.
"Duduk sorang je ke dik?"
"Nak kitorang teman?"
Seri diam tak berkutik. Takutlah tu. Aku rasa bengang pula tiba-tiba. Dah la ni date pertama aku. Spoil betul mamat sampah ni.
Tengah diorang gelak-gelak usik Seri aku datang dan ... PANG!!!
Bitch! Kuat gila aku tepuk meja. Merahlah tangan aku nanti. Sakit ooo. Ok, lupakan hal tu.

"Blah sebelum aku lapah daging korang"
Warning aku.
Dengan perasaan terkejut akibat tepukan kuat tadi, mamat-mamat tadi beredar dari situ. Seri terkebil-kebil melihat adegan tadi. Dia agak seriau mendengar warning aku tadi.
"Sorry lambat. Aku jumpa lecturer"  aku terus duduk. Penatnya.
"Err takpe...takpe. Tangan awak okay ?" Terus Seri menarik tangan aku. Ya, memang merah. Adoi... tak macho betul tunjuk sakit kat awek. Aku menarik balik tangan aku. "Aku okay, tak ada apalah".

Seri menunduk diam. Gadis ni cantik rupanya. Masa aku jumpa dia semalam nampak biasa saje. Pakaiannya taklah seksi sangat, tapi wajahnya nampak comel. Rambutnya tak panjang sangat dan tak pendek sangat. Pergh... untung rupanya aku dapat awek lawa camni. Tapi macam mana dia kenal aku ek? Aku tak kenal dia pun.

"Awak nak makan apa?" Teguran Seri buat aku tersentak. Erk, lama sangat ke aku tenung dia?
"Erm... apa-apalah. Kau da makan ke?"
Seri menggeleng. Dia tunggu aku? Like seriously?
"Kalau macam tu kita order sama la. Nasi ayam. Kau tak kisah kan?" Seri geleng lagi. Bagusnya dia. Ikut cakap aku. Hahaha!
"Kau course apa?"
"Emm... biotech"
Lepas makanan sampai kami makan macam biasa. Aku lebih banyak diamkan diri. Entahlah. Aku memang pendiam. Malas nak cakap banyak. Kesian pulak kat Seri. Tahankah dia dapat boyfriend macam aku? Apalah yang dia nampak kat aku sampai suka kat aku? Pelik...pelik...

"Awak, saya ada benda nak cakap sebenarnya" Seri memulakan bicara. Aku hanya memandangnya dan mengangkat kening. Baru aku ingat dia kata benda penting. Aku tunggu sahaja apa yang dia nak cakap. "Pasal semalam... err.."
Tiba-tiba lagu Locked Away bergema. Hish, siapa pulak call aku sekarang ni?! Spoil betul. Apahal banyak sangat benda spoil hari ni? Aku baru nak bermesra dengan Seri. Cewah!

"Kejap" pintaku pada Seri. Nama Kamal tertera di skrin Sony Xperia aku.
"Bro, Madam Razia nak jumpa kita. Kau kat mana?"
"Tengah makan. Apahal pulak dia nak jumpa?"
"Kita hari tu ada hantar assignment kan? Beb, ada masalah sikit dengan assignment tu. Madam nak kita betulkan sekarang. Petang nanti dia nak hantar markah dah. Jomlah"
"Sekarang ke? Hmm.. kau kat mana?"
"Ye la. Aku tunggu depan department haa. Cepat"
Talian dimatikan. Aku melepaskan keluh. Antara Seri dengan assignment dah tentu la kerja aku lagi penting. Seri sekadar pandang kosong kat aku.
"Emmm... Aku gerak dulu. Ada hal penting." Seri diam saje. Aku tak tahulah apa yang dia fikir, apa yang dia rasa. Sebab dia ni pun pendiam jugak. Garu kepala aku. Terasa cuak jugak aku. Kitorang ni couple ke camne sebenarnya haa?
"Bagi phone kau kejap"
Seri berkerut. "Nak buat apa?"
"Bagi je lah. Bukan nak ceroboh"
Seri menghulurkan telefonnya. Aku cepat-cepat simpankan nombor aku di telefonnya dan membuat panggilan ke telefon aku. "Malam nanti aku call kau" Aku terus bangun untuk beredar. Duit not RM10 aku letakkan di atas meja. Seperti biasa kepalanya kuusap. Lembut jugak rambut dia. "Jumpa esok" aku lemparkan senyuman.

*****
Aku merebahkan diri ke katil. Lepas solat isyak di surau tadi rasa mengantuk pulak. Sambil-sambil tu aku melayan twitter dan instagram.
"Zack, Sabtu kau free tak? Kitorang ingat nak layan movie la"
"Oh. Kat mana?"
"Ala, Aeon tu je la. Nak pergi jauh-jauh buat apa. Nak join tak?"
Aku mengeluh malas. Seronok je nak ikut tapi aku ni memang jenis pemalas. Sanggup duduk seorang kat bilik sebab malas nak keluar ke mana-mana.
"Cerita best tak?"
"Adoiyai... dia ni. Banyak tanya pulak. Free and easy la bro. Janji nak rileks sikit sabtu ni. Kau nak ikut ke tak?"
"Hmmm... tengok la nanti"
Jawapanku mengundang cemuhan rakan sebilikku. Aku hanya tersengih. Lantaklah diorang. Kemudian mereka semua buat kerja masing-masing. Aku baru teringat pasal Seri. Sebenarnya minah ni masih lagi misteri pada aku. Perkara apa yang dia nak cakap ya tadi? Penting sangat ke?
Aku whatsapp je la.

#seri, aku ni. Kau buat apa?
Lama. Kemudian baru dia balas.

-hai awak. Saya baru solat td. 

#aku x de mood nak call. Ws je la kay

-ok. Takpe. 

#kau nak ckp apa td senanya ?

-emm... xpe la. Sy rasa elok kalau ckp ftf. 

#sukati la. Umur kau bape ?

-18. Sy baru first year first sem kat sini.

#ooo. Patut la x pena nampak. Mana kau kenal aku?

-dr kwn. nak tanya sikit boleh?

#tanya je la.

-awak betul2 takpe ke camni? 

#camni yang camne?  Aku tergelak kecil. Bukan aku tak paham maksud dia.

-pasal kita la. awak agree camtu je walaupun tak kenal saya.

#kalau tak kenal masa ni la nak kenal. lagipun kau comel apa salahnya.

-ha? err ok. 

#K la. Bye.

-hmm ok bye.

Hmm. Boleh tahan. Tak rugi ada awek. Hahaha!

*****

Sebenarnya aku ada hati jugaklah nak ikut kawan-kawan aku pergi layan movie. Tapi tiba-tiba aku dikerah untuk pergi latihan kelab sepak takraw. Ughh leceh gila.
Rupanya ada tournament dalam sebulan lebih lagi. Aku, antara pemain utama terpaksalah menjalani latihan. Kalau tak, hilanglah skil aku. Hampir ke petang kami berlatih. Suam-suam kuku je berlatih sebab tak masuk fasa serius lagi.

Usai latihan, aku tak terus pulang ke bilik. Aku berniat untuk ke mana-mana kedai makan sebab lapar. Dalam perjalanan itulah aku ternampak Seri dengan kawannya. Aku beberapa langkah di belakang mereka. Ikutkan aku malas nak tegur. Biarlah.

Masa aku nak ke simpang lain aku ternampak sebuah motor di hadapan. Ada kereta masuk simpang. DUM!!! Betul tekaan aku, kemalangan.
Tapi apa yang aku tak jangkakan lagi, motor tu terseret ke hadapan... atau lebih tepat lagi ke arah Seri. Panik. Terus aku campak beg ketepi dan berlari ke arah Seri sepantas mungkin. Adoi, dorang tak perasan ke motor tu???
Hampir saje motor tu langgar mereka dan aku cepat-cepat tolak dorang ke tepi. Dengan aku sekali terjatuh ke bahu jalan.

Seri dengan kawannya mengaduh sakit. Aku rasa kepala aku berpinar-pinar. Tayar motor tu terkena kat aku. Sakitlah jugak. Lepas sahaja kereta tu bertembung dengan motosikal tadi, penunggangnya terjatuh tapi motornya terseret ke hadapan. Seri dengan kawannya terjerit apabila nampak motor tu menghala dorang. Aku sempat nak tolak dorang ketepi tapi aku pulak yang terkena tayar motor tu dan ada sedikit calar di kaki aku. Baik punya accident. Siap dengan pejalan kaki kena sekali jadi mangsa.

Seri terkejut nampak aku. Dia memang tak perasan aku kat belakang dia tadi.
"Eh, awak? Awak okay tak ni?" Seri cuba memangku aku. Kepala aku rasa berpusing sekejap. Adoi...
"Jom bawak dia ketepi" saran rakan Seri itu. Aku dipangku oleh dorang ke tempat yang lebih selesa. Seri dari tadi belek luka aku. Rasanya tak teruk mana. Effect sikit je. "Dah call ambulans?" Tanyaku sambil menunding jari ke tempat accident. Kawan Seri mengannguk. Baru sahaja tadi dia buat panggilan katanya.
"Awak nak pergi klinik tak? Cuci luka ni"
Aku menggeleng. "Tak apalah. Sikit je ni"
Seri sekadar menunduk. "Macam mana awak ada kat belakang kami? Awak dari mana tadi?"
Aku tersenyum. Malasnya nak jawab. Badan terasa sengal. Aku bergerak-gerak sedikit. "Aku dari training. Memang dari tadi kat belakang korang"
Kemudian ambulans datang. Aku perhati aje mereka. Tiba-tiba ada seorang jururawat menghampiri kami dengan first aid-kit di tangan. Mungkin kawan Seri yang melaporkan tadi. Lukaku dicuci dan ada tampalan kapas di betisku.
"Seri", panggilku.
Seri menoleh. Wajahnya agak terkejut. "Err,,,ya?"
"Tolong ambilkan beg boleh?" pintaku sambil menunjukkan begku yang tercampak di sebelah sana. Tanpa banyak soal, Seri bergerak ke sana. Kemudian dia menghulurkan beg aku.

Setelah selesai, aku berura-ura untuk beredar. Baik aku balik. Tak larat dah rasa. Seri cuba membantu aku bangun. "Awak okay tak ni? Boleh jalan sendiri?" Aku tersenyum mendengar soalan itu.
"Aku okay. Jangan risau" aku usap kepalanya lalu beredar.

*****

Aku mengurut-urut bahu dan lenganku. Sengal masih terasa. Kadang memusingkan badan ke kanan dan ke kiri. Dah la mengahadap laptop dari tadi, kematu badan aku. Badan kusandar di kerusi. Rehat kejaplah. Penat buat assignment. Mindaku melayang dari fokus kerja. Teringat pasal takraw, pasal kelas, tak lepas juga pasal Seri. Sebuah keluhan terlepas. Sejak bila aku mula kisahkan dia? Ni semua salah aku, mengada cakap okay kat dia. Tapi, silapkah kalau aku bagi ruang kat dia? I mean, she must had been strong enough nak confess melalui surat. Kalau aku cakap tak, kecewakah dia? Hmm, aku pun keliru. Tiba-tiba ada bunyi mesej whatsapp masuk.
Dari Seri.
-hai awak. Feel better today?
Aku tersenyum. Care gila dia pasal aku.

#ok. Jgn la risau sgt.

-xde la. Sbb awak yg selamatkan kami. Terhutang budi.

#nothing la. 

-hmm ok. Jumpa esok :)
Macam kenal ayat tu haha.

# jumpa esok.

Baru je pikir pasal dia dah muncul. Betul ke cara aku layan awek ni?
"Bro, mintak tolong", pinta Kamal.
"Apa dia?"
"Ni hah. Tengokkan analisis aku" aku mengambil kertas yang dihulurkan Kamal. Seketika aku melihat kerjanya dan membetulkan apa yang patut.

*****

Kelas baru sahaja selesai dan aku melangkah ke sebuah kedai runcit. Saje nak beli-belah sikit barang keperluan. Kamal tak tunggu aku, dia terus ke surau untuk solat asar. Masa tengah belek-belek jajan, aku ternampak Seri melangkah masuk kedai. Apahal sejak aku jumpa dia asyik nak terserempak kat mana-mana ya? Aku pulak yang rasa tak tenang hidup. Hish, buat tak tahu je la. Dia tak perasan aku kot.
Entah macam mana, Seri yang sedang sibuk berborak dengan kawannya berada betul-betul ada di rak hadapan aku.
"Bila kau nak bagitau dia?"
"Entah la weh. Aku nak cakap tapi asyik tak jadi je" Seri mengeluh.
"Macam mana boleh tak jadi pulak. Ke kau da sangkut dengan dia?" Gelak si kawan tu.
Jap. Sangkut dengan siapa? Esh, apahal hati aku panas semacam pulak.
"Hmm..." Seri terdiam.
"Haa, dah diam betul la tu. Itulah dah  elok-elok suka kat orang tapi salah bagi surat. Tup tup sangkut kat yang baru. Hahaha! Kau lupakan je la Si Adam tu" .
Terpana. Aku keliru. Kejap. Apakah ini? Adam? Dia classmate aku yang agak popularlah juga. Bukanlah popular sebab apa, cuma dia aktif dalam kelab. Diakah?
"Hish kau ni. Tak adalah"

Aku betul-betul tak paham apa yang dorang cakap. Salah bagi surat? Kat siapa? Kat aku? Damn! Seriuslah?! Sakit gila hati aku. Mati-mati aku kena tipu. Semua ni tak betullah kan? At the first place lagi kan? Angin aku dah tak menentu. Perasaan bercampur-baur. Marah, rasa ditpu, rasa bodoh, malu pun ada. Sumpah bengang. Sekilas, pandanganku terpaut pada Seri sewaktu dia sudah beralih ke rak sini. Seri terkejut nampak aku kat sini.
"Err...awak".

Dengan pandangan tajam, aku terus keluar dari kedai tanpa membeli apa-apa pun. Shit! Ni tak sepatutnya berlaku. Tak guna punya perempuan. Bukan nak bagitau awal-awal kat aku. Serasa macam malu sangat diperbodohkan macam tu! Aku jalan laju-laju ke surau. Memang dah janji jumpa Kamal di sana nanti. Tiba-tiba aku terdengar namaku dipanggil. Suara Seri.
"Zack, kejap. Dengar cakap saya dulu"
Buat sakit hati je dengar. Apa lagi minah ni nak cakap kat aku? Tanpa disangka lenganku ditarik Seri. Langkahku terhenti. Aku sekadar jeling. Menyampah nak tengok muka dia.

"Zack, saya minta maaf. Apa awak dengar tadi salah faham je."
"Salah faham apa?! Kau tak kenal aku kan sebenarnya?" Sinisku.
"Awak, sorry. Memang silap saya. Semua ni silap sebab saya. Ya, saya akui saya silap bagi surat kat ..." rayuan Seri tak dilayan.
"Blah dari mata aku. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Anggap je kita memang tak pernah kenal"
Aku terus melangkah tinggalkan dia. Sialan, apa pasal aku nak sakit hati sangat? Bukannya aku suka dia pun. Bajet macam putus cinta je. Ah, serabut otak aku! Dah la, baik aku balik bilik je la. Sakit kepala aku.

"Penat aku tunggu. Kau tak cakap pun kau balik" rungut Kamal. Dia baru balik dari surau. Salah aku, terlalu ikutkan perasaan. Aku terlupa nak bagi tahu Kamal aku tak ke surau. "Sorry", tu je la yang aku mampu kata. Otak aku serabut. Ni yang susah kalau hati tak tenang jiwa kacau. Apa kerja pun tak jalan. Aku terbaring menghadap siling.
Kiranya Seri sebenarnya nak bagi surat kat Adam? Bukan aku cemburu, sebab aku tak pelik kalau ada junior minat Adam. Seri bukanlah yang pertama bertindak sebegitu. Seingat aku masa aku dapat surat, Adam duduk di hadapan aku. Betullah Seri nak bagi surat kat Adam? Bengkak hati aku. Okay, I admit it. Cemburulah juga. Adam tu handsome sangat ke? Aku pun handsome kot. Tapi kes Seri ni, salah bagi surat?! Kau rasa kelakar ke? Sakitnya jiwa kena tipu. Macam aku ni syok sendiri.
Aku merengus kasar. Terus aku menekup bantal di muka dan terlelap,

*****

"ZACK, menungkan apa tu?" tegur Zahid. Aku tersentak. Aku diam aje, lalu aku mengambil air mineral dalam beg. Zahid salah seorang pemain sepak takraw. Dia sama course dengan aku tapi tak sama kelas. "Weh, diam aje. Kau ada masalah ke? Tournament nak dekat. Jangan ada apa-apa yang kacau tumpuan kau", luah Zahid.
"Tak ada apalah" aku senyum tawar.
Zahid sekadar menggeleng mendengarkan jawapan aku. Kemudian coach panggil kami untuk sambung latihan. Terus aku dan Zahid bergerak ke arah gelanggang.

"Saya nak umumkan nama pemain yang tersenarai nanti. Kita akan hantar dua kumpulan." ujar coach Darus. "Team A; Aiman, Zahid dan Syahmi. Team B; Zakaria, Iman dan Rashid. Wan dan Hariz akan jadi simpanan. Jelas?" semua mengangguk tanda faham.
"Baiklah, selepas ini kita akan adakan latihan setiap petang kecuali Ahad. Sabtu pula kita berlatih siang sahaja dari pukul 9.00 pagi sampai 12.00 tengahari. Seminggu sebelum latihan kita akan berlatih dengan lebih kerap. Kalau ada apa-apa masalah sila maklumkan pada saya secepat mungkin" sambungnya. Kemudian kami sambung latihan seperti biasa. Tepat pukul 6.15 petang, latihan tamat.

"Zack, ada orang nak jumpa kau" ujar Aiman sambil menunjuk luar gelanggang sewaktu aku sedang mengemas beg. Huh, siapa? Tanpa berlengah aku keluar dari gelanggang. Sampai di pintu aku agak terkejut melihat seseorang yang menyakitkan mata aku tengah berdiri kat situ. Tanpa berbicara apa-apa, aku patah balik nak masuk gelanggang. Tapi tanganku disambar. "Zack, kejap." Panas hati aku. Cepat-cepat aku tarik tangan aku balik.
"Apa kau nak?" aku bertanya kasar.
"Err... saya ada benda nak cakap dengan awak. Boleh kita jumpa kejap?"
"Habis, ni bukan jumpa? Cakaplah apa kau nak cakap!" terkejut Seri apabila aku gertak macam tu. Kesian pula tengok dia macam tu. Ah, ego aku lagi penting!
"Ha, err... saya...minta maaf pasal hari tu. Saya..." muak aku dengar maaf dia.
"Dahlah. Baliklah kau. Aku tak nak dengar maaf kau lagi." aku pusing dan mula beredar masuk kembali ke gelanggang. Kalau ada yang nampak buat malu aku je.
"Zack, terima kasih." ucapan Seri buat langkah aku mati. Terima kasih? Aku berpaling semula ke arah dia. Wajahnya ditundukkan sedikit.
"Sepanjang kita kenal, saya happy sangat. Memang bukan awaklah orang yang mula-mula dalam hati saya tapi saya sangat berterima kasih dengan kebaikan awak. Saya akan ingat semuanya sampai bila-bila" suara Seri bergetar. Aku agak dia sebak. Kemudian Seri berlalu pergi.

Kenapa dia nak menangis pulak?

*****

Rambutnya ikal sedikit. Kadang dia ikat separuh sahaja. Selalunya pula dia lepaskan rambut. Belum pernah lagi aku nampak dia pakai kain. Selalu seluar jeans serta baju lengan panjang. Sekali aje dia pakai lengan pendek masa aku selamatkan dia dari accident. Beg silang Nike tak pernah lepas. Aku kira itulah beg kesayangan dia. Dia pemalu, itu pasti. Tapi seorang yang sangat prihatin dan caring. Luar nampak sahaja biasa-biasa tetapi dia sebenarnya cantik dan lembut.
"ZACK!"
Aku tersentak. Saat itu juga... PAP! Bola takraw tertepek kat muka aku. Auch! Sakit gila! Adoii...

"Ya Allah, Zack...kau okay tak ni?" tanya Aiman. Zahid dan lain-lain tergelak-gelak. Kurang asam jawa punya kawan. Aku rasa merah muka aku sebab kena hentakan bola tadi. Aiman menghulurkan kain bersih sebab takut hidungku berdarah. Dia pun sama gelakkan aku.
"Itulah kau. Tengah praktis kau mengelamun. Kau fikir apa, Zack?" sindir Syahmi.
"Entah. Bola tu nak kata tiba-tiba tak jugak. Bukan kau tak boleh balas" Zahid ikut komen.
Uggh, diamlah korang. Sabar je la aku layan dorang. Aku sedar, dalam kelas pun aku mengelamun tapi masa praktis ni paling ketara sebab tumpuan aku diuji. Aiseh...malunya aku.
"Tak ada apalah. Aku tak perasanlah bola tu" aku cuba mengelak. Aku mengambil tempat duduk di kiri gelanggang. Aiman ikut sama.

"Heh, cuba cakap kenapa. Kau macam ada masalah je? Ni pasal budak perempuan semalam ya?" Aiman sedikit berbisik masa ucap ayat yang terakhir itu. Terkejut aku. Hentam kromo je nak tuduh aku.
"Taklah! Mana ada", dalih aku. Aiman ketawa. Manalah dia tak syak. Semalamkan dia yang terakhir ada kat gelanggang dengan aku dan Seri datang ke sini waktu tu.
"Ala, mengelak konon. Ingat aku tak nampak kau dengan dia macam gaduh ke? Awek kau kan?" betul tekaan Aiman. Tapi, dah jadi ex-girlfriend okay. Aku diam aje.
Aiman mengeluh bila aku tak membalas. Dia tepuk bahu aku.
"Aku tak tahu apa masalah kau sebenarnya tapi kalau kau rasa dialah jawapannya, kau kena selesaikan cepat-cepat. Honestly, aku nak kau fokus balik sebab tournament lagi 2 minggu. Jangan sampai team kau kalah sebab kau. Sorry kalau bunyi macam selfish sikit. Tapi itulah hakikatnya", Aiman cuba menasihatkan aku kemudian dia berlalu pergi. Sekali lagi, aku termenung.

Sampai sahaja aku kat bilik, aku terus menghempaskan badan ke katil. Kamal tidak ada dalam bilik barangkali sudah ke surau. Penyakit malas menjalar badanku. Kejap lagi maghrib nak masuk. Tapi aku masih tak mandi lagi. Mengingatkan balik petang tadi, menyesal aku. Kenapalah aku boleh teringatkan Seri? Sebalnya hati aku. Hish, macam mana aku nak selesaikan masalah ni cepat-cepat? Apa yang Aiman cakap tu betul.
Hmm, aku bangun dari pembaringan. Aku meletakkan beg kat meja tapi entah macam mana aku terlanggar kerusi pula. Habis jatuh buku-buku aku yang ada atas kerusi tadi. Biasalah, lelaki kan memang malas nak kemas barang. Nak duduk buat kerja barulah tahu nak kemas. Masa kutip barang ada helaian kertas di balik buku-buku tadi. Aku ambil dan melihat isinya.
Erk. Ini surat Seri. Surat yang hanya ada 3 ayat pendek sahaja. Aku menelan liur. Malas nak layan jiwa, aku meletakkan kembali barang-barang di atas meja dan terus menuju ke bilik air.

*****

Alamak, buku nota aku tak ada ke? Aku menggelabah sekejap. Tadi rasa macam dah masukkan dalam beg. Tercicir ke apa? Aku cuba mencari balik dalam beg kalau-kalau ada terselit mana-mana. Kamal tiba-tiba menepuk bahuku dari belakang. Aku menoleh ke arahnya.
"Nah, buku kau kan? Tadi ada orang suruh pas kat kau" bisik Kamal. Aku agak terpinga. Inilah buku yang aku cari. "Mana kau dapat?" tanyaku.
"Ada budak perempuan bagi. Dia kata kau tercicir tapi tak sempat nak bagi kat kau" jelasnya. Aku ambil dan kembali menghadap ke depan. Ligat otakku fikir siapalah yang jumpa buku aku ni. Apa pun aku bersyukur sebab taklah aku kehilangan nota.

"Iman, sikit air. Aku lupalah nak bawak air" pintaku pada Iman semasa waktu rehat dari latihan. Hampir sahaja Iman menghulurkan botolnya, Zahid menghalang. "Tak payah, Man. Zack, ni ada orang bagi kat kau." Zahid menghulurkan sebuah plastik yang berisi air mineral sebotol dan kain bersih. Aku pelik. "Siapa bagi?" aku mengambil plastik tu. Terusku buka botolnya dan minum. Dahaga tak dapat ditahan lagi.
"Entah. Tadi masa aku datang, plastik tu dah ada dah. Siap tulis nama kau", kata-kata Zahid membuatkan aku cepat-cepat membelek plastik itu. Jelas, ada nama aku. Hmm, orang dah bagi aku ambil jela.

Kamal masih di bilik semasa aku pulang dari latihan. Selalunya dia dah ke surau. "Baru balik Zack?" Aku baring sebentar di katil. "Hmm. Kau apasal tak ke surau lagi?"
Kamal mengambil sesuatu dari mejanya kemudian meletakkannya di mejaku. "Nah, nasi kau. Makan tau nanti" aku senyum gembira. Baik gila Kamal. Mana dia tahu aku lapar? Hahaha... rezeki aku. "Weh, thanks bro! Aku lapar sekarang ni. Nasi apa ni?" aku cepat-cepat ambil tuala mandi. Tak sabar nak makan lepas mandi nanti.
"Bukan akulah bagi. Ada orang suruh bagikan kat kau. Nasi ayam tu" ujar Kamal lalu keluar bilik untuk ke surau.
Baiklah, ini sangat pelik. Hari ni memang hari murah rezeki aku ke apa? Tadi dapat air pun tak tahu siapa bagi. Ni pula tak sempat nak tanya Kamal siapa. Malas nak fikir, aku cepat-cepat ke bilik mandi.

*****

"Nah, air kau."

"Ada orang pas nasi"

"Weh, ada budak kirim salam"

"Zack,nah pen. Free"

Hidup aku macam terganggu. Sejak bila rezeki aku sangat murah ni? Aku jadi resah. Siapa yang baik hati sangat beri aku macam-macam? Bila aku tanya siapa, dorang kata tak tahu. Dah beberapa hari macam ni. Prihatin betul.

Sebentar. Prihatin?

Aku tersandar ke belakang kerusi. Takkanlah. Aku rasa menyesal pula terima pemberian semua tu kalau betullah dia yang bagi.
"Zack, kau dah siap soalan ni?" teguran Kamal menyentakkan aku. "Yang mana?" Kamal menunjukkan soalan tersebut. Kemudian kami cuba selesaikan soalan tersebut sambil merujuk nota.
"Ouh. Thanks." Aku sekadar tersenyum. Kamal memang agak lambat sedikit dalam pembelajaran tapi dia kuat ingatan. Senang sahaja otaknya menghafal. Untung juga dapat otak macam tu. Aku kembali fokus membuat kerja rumah tadi. Tiba-tiba aku terselak ke tengah mukasurat buku notaku. Aku terpana.

'Maaf, tapi saya sukakan awak. Apa yang perlu saya buat? :(
-Seri'

Sah, memang dia!
Jiwa aku kacau kembali.

*****

Aku merenungnya tajam sambil memeluk tubuh. Jiwa aku betul-betul tengah kacau sebab dia ni haa. Seri tunduk malu. Nampak agak takut juga.
"Explain kat aku apa semua ni?"
Seri pandang aku takut-takut. Aku mengeluh. Susah minah ni nak cakap sebenarnya.
"Saya.. tak paham apa awak cakap. Pasal apa ni?" ujarnya dengan gaya acah-acah yakin. Aku tersenyum di hati. Comelnya dia ni.
"Come on. Jangan nak buat-buat tak tahu. Kau bagi aku semua barang-barang tu kan?"
"Apa bukti awak?" Ececeh, pandai pula dia balas.
"Ni apa?" dengan gaya kerek aku menunjukkan bahagian tengah buku nota aku. Seri terkejut. Merah padam wajahnya. Cepat-cepat dia menundukkan muka. Tapi tak lama, tiba-tiba dia balas, "Ha, kan saya cakap kat situ saya kena buat apa, maksudnya bukan sayalah yang bagi barang-barang tu. Sebab saya tak tahu nak buat apa".

Dahiku berkerut siap mulut terlongo lagi. Apa minah ni cakap?
"Kau cakap apa ni? Ah, tak kisahlah. Then, explain apa maksud kau dengan ayat first kau ni?" saje aku menguji dia. Kelakar tengok dia malu.
"Awak saje kan nak tarik tali dengan saya? Awak tak faham ke buat-buat tak faham? Lelaki ego!" Tiba-tiba Seri bangun seolah-olah nak beredar. Aku pula yang terkejut. Dia ni boleh tahan garang. Selalu nampak lembut aje. Alamak, dia merajuk ke apa? Cepat-cepat aku bangun dari tempat duduk dan tahan dia dari pergi. "Eh, Seri kejap"

Seri pandang tajam. Dia menarik perlahan lengannya yang aku pegang. "Saya tahu silap saya sebelum ni tapi kali ni saya yakin dengan apa yang saya rasa. Kalau awak rasa ragu-ragu, saya tak salahkan awak", perlahan suara Seri meluahkan isi hatinya. Aku serba salah. Aku rasa dia memang ikhlas sukakan aku. Kalau tak, tak mungkin dia buat macam-macam bagi kat aku.

"Seri, minggu depan aku ada tournament. Datang tengok aku. Kalau aku menang, aku akan jawab okay..."
"Kalau kalah?" wajahnya berkerut.
Aku tersenyum. "Kalau kalah, kaulah puncanya"

*****