(Dedikasi buat S1 & S2)
S1;
Betul kata orang, kalau benci lama-lama jadi suka. Aku tak pernah jangka akhirnya dia ni menjadi teman yang aku sayang sekali. Pada zahirnya, aku merasakan dia seorang yang gedik dan menjengkelkan. Tuhan menunjukkan aku bahawa tanggapan aku salah. Kami ditempatkan di dorm yang sama ketika Tingkatan 3. Sehinggalah sekarang aku masih rapat dengannya.
Orangnya tinggi lampai, kurus, berkulit sedikit gelap tetapi manis bila tersenyum. Berminda terbuka dan sangat sempoi. Darah Jawa yang mengalir dalam setiap pembuluh darahnya menjadikannya seorang gadis yang sopan dan menghormati orang tua. Sekali sekala kami berborak dengan bahasa Jawa (yang tak bunyi macam Jawa pun) atau mengenai budaya dari Indonesia ini.
Cita-citanya ialah menjadi seorang doktor. Aku tak pasti doktor pakar atau sekadar doktor biasa. Yang pasti aku amat menyokong impiannya. Aku berharap dan sentiasa berdoa agar dia mencapai cita-citanya. Walaupun sering merungut tentang markah Biologinya, cita-citanya tak pernah padam. Dan aku akan selalu memberinya semangat supaya dia meneruskan cita-cita itu.
Ketika hampir di ambang SPM, aku, peminat buku, mendapat tahu sebuah buku baru diterbitkan oleh Dubook Press, iaitu DIAgnosis. Tak ada apa yang keluar dari benak aku melainkan aku inginkan buku itu di tangan temanku itu. Aku amat pasti buku ini menarik dek penerbitan Dubook Press memang selalu yang terbaik. Hajat aku tak kesampaian walaupun telah habis SPM, aku gagal mendapatkan buku tersebut untuknya (ToT) .
Alhamdulillah, aku diberi peluang juga untuk memberinya buku tersebut selepas dia tekad untuk sambung pengajiannya di Pusat Matrikulasi Selangor. Dengan bekalan perkongsian pengalaman seorang senior yang dahulunya di matriks juga, aku memberi semangat dan sokongan aku pada temanku itu.
S2;
Persahabatan kami bermula daripada sebuah kelab. Tanpa ada apa-apa halangan dan sebab lain, kami bersama dalam menjayakan kelab ini. Sejak itu, segala suka duka, pengalaman dan dunia pelajar kami kongsi bersama. Dan terus bersahabat sehingga sekarang.
Tingginya dia sehingga aku hanya mencecah bahunya. Seperti aku, dia juga rabun cuma jarang mengenakan cermin matanya. Pemikiran kami selalu berbeza dan bercanggah tapi akan sekepala apabila berbincang mengenai kelab ini. Suka mengusik, gila-gila bila aku serius tetapi kadang-kadang dia serius sewaktu aku pula main-main.
Ketika kami Tingkatan 4, dia mendapat tawaran ke sebuah sekolah SBP. Sejujurnya aku teramat sedih dengan pemergiannya kerana terasa berat menggalas tanggungjawab untuk meneruskan kelab ini, namun aku tabahkan sahaja. Dan aku tak pernah ingat tarikh dia keluar, mahupun mengucapkan selamat tinggal. Sepanjang ketiadaannya, kerap juga dia bertanya mengenai kelab ini. Bermacam-macam cadangan dan luahan diberi. Dan aku pula tidak jadi untuk menitiskan air mata kerana putus asa!
Aku ingat lagi semasa kami berborak di kotak sembang muka buku. Kami sama-sama dilema dalam memilih cita-cita. Kalau ikut pandangan rakan dan guru, mereka inginkan kami menjadi wakil rakyat, peguam atau menteri. Tapi, kehendak keluarga pula inginkan kami menjadi doktor.
Dan akhirnya, dia seorang sahaja yang meneruskan cita-cita doktor. Aku pula kemungkinan besar menjadi peguam, Hahaha!
Walaupun telah dipujuk dengan pelbagai cara, aku tetap tidak dapat meneruskan cita-cita menjadi seorang doktor! Bukan aku tak mahu, tapi aku tak kuat (adalah satu sebab ni tapi bukan darah). Akhirnya, aku hanya mampu menyokongnya dari jauh. Buku DIAgnosis itu jugalah yang aku sarankan padanya untuk baca supaya dia menjadi kuat dalam meneruskan cita-citanya (sebab dia ni tak tetap pendirian).