Friday, 28 June 2013

Jerebu dan 'Dukhan'...

Baru-baru ini negara kita mengalami pencemaran udara yang amat teruk,jerebu. Tempat aku juga tak terlepas dari terkena bencana ini.
3 hari sekolah aku ditutup. Mula-mula tu memang seronok tak pergi sekolah tapi makin kebosanan sebab tak tahu nak buat apa... Apalah hidup ni,sekolah bosan,cuti pun bosan...
Namun,perkara utama yang aku nak cerita sebenarnya ialh aku teringat novel bertajuk DUKHAN:LANGIT AKHIR ZAMAN karya Osman Ayob...Sungguh aku teringat. Mula-mula pencemaran ni lagi, I totally can't forget this book. It coming across my mind everyday.

   


Latar masa: masa depan (lebih kurang 500 tahun akan datang)
Latar tempat: sebuah kampung di negara Cacamarba iaitu PEDATU
Sinopsis: Syeikh Soleh mendapat mimpi 3 malam berturut-turut bahawa kampung warisannya,PEDATU akan terbakar.Suatu hari beliau melihat di web Al-Jemaah tertulis berita yang mengejutkan: sebuah meteor sedang menuju ke bumi dengan kadar yang laju.Dijangka menghentam bumi pada pertengahan Ramadan.  Syeikh Soleh cuba menghebahkan hal ini namun dipersendakan oleh rakan-rakan kafirnya.Beliau tidak memaksa namun membuat persiapan selama setahun di PEDATU. Tanpa disangka,berita itu telah membuktikan kebenarannya,malah NASA hanya dapat mengesan pada saat-saat akhir. Meteor yang jatuh di sebuah tempat mengeluarkan asap yang berkepul-kepul dan jelaga yang banyak.Sedikit demi sedikit asap telah menyelubungi dunia sehingga penghuni bumi ditelan kegelapan. Malah,mereka tidak dapat membezakan siang dan malam ! 

Dalam novel ini ,ada banyak perkara yang menarik untuk dikupas.Perkara yang paling aku tertarik ialah suasana langit akhir zaman ini dikaitkan dengan ayat al-Quran.Setiap bab akan didahulukan dengan sepotong ayat al-Quran.contohnya:

A041
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
(ar-Rum 30:41)

Dalam penceritaannya juga,Osman pandai membuatkan aku merasa ada di dalam situasi ketika bencana tiba. Malah aku terasa seolah-olah bencana itu akan tiba suatu hari nanti. Beliau ada meletakkan sepotong hadis Rasulullah di mana baginda berpesan jika ada bencana,cukupkanlah bekalan selama setahun. Tempoh bencana dalam novel ini cukup setahun kerana asap-asap tersebut mula beredar pada bulan Ramadan yang akan datangnya.
     Selepas membaca novel ini,aku merasa sangat beruntung menjadi seorang muslim. Di saat-saat kegawatan,Syeikh Soleh berpesan agar rajin berpuasa kerana puasa dapat meningkatkan imunisasi badan. Penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik/ racun-racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit.

Jadi,apabila ditimpa bencan jerebu ni,memang kepala otak aku tak terlepas-lepas ingat novel ini. Malah menginsafkan aku.

RAKAN-RAKAN SEKALIAN,APAPUN,SEGALA YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA DAN SEBABNYA.ALLAH SWT MUNGKIN SUDAH MENUNJUKKAN TANDA-TANDA KEMARAHAN-NYA. INGATLAH WAHAI RAKAN,KITA PERLU UBAH SEMUA INI.SEKALIPUN KITA TAK SEMPURNA SEKURANG-KURANGNYA KITA MENCUBA KE ARAH KEBAIKAN.
'KETIKA KALIAN MARAH,INGATLAH ALLAH,MAKA ALLAH AKAN MEMNGINGATIMU TATKALA DIA MARAH SEHINGGA TIDAK JADI MELETAKKAN BENCANA'