Thursday, 2 April 2015

CHOKLIT SHOPPE

Assalamualaikum, semua.

Baru-baru ni, aku sering ke Klang sebab nak uruskan beberapa hal. Jadi, kadang-kadang tu ada masa aku akan keluar makan dengan kawan-kawan. Tapi dalam banyak-banyak tempat, aku nak kongsi kat dalam blog ni pasal kedai coklat ni aje! Choklit Shoppe.



Sebenarnya aku ingatkan ni kedai yang macam jual coklat bungkus, hadiah ke apa. Rupanya kedai makan! Walaupun kenyang, teringin juga cuba satu. Kami bertiga tapi pesan satu je.


Aku tak ingat namanya --' , ampun. Tapi dalamnya ada sedikit bijirin, lapisan dark chocolate dan ditutup dengan brownies. Macam yang korang nampak at the top tu aiskrim. Yang uniknya aiskrim ni home made sebab teksturnya sangat berbeza. Lebih likat dan rasanya lembut kat mulut. Yumm!

Sayangnya, kedai ni agak tersorok. Mungkin sebab baru dibuka, dan kedainya di tingkat satu, orang tak perasan. Menu pula, wajib mesti ada aiskrim. Hahahaha! Harga tak mahal sangat tapi tak murah sangat. Dalam sekitar RM10 hingga RM20. Tapi pesan satu pun dah cukup sebab memang mengenyangkan!

Disamping itu, kedai ini akan menyediakan air kosong pada pelanggan. Makan coklat gila tak kering tekak, pekat kut! Hahahaha..




Apa pun, kedai ni menyenangkan sangat. Aku suka deko dan hiasan dalaman yang moden. Pencahayaan dia agak malap tetapi masih cantik untuk tangkap gambar kat sini.

Choklit Shoppe,
11A (tingkat satu), Lorong Selamat/ KS3, Sungai Udang, Klang.

Nak tahu lebih lanjut, sila Like Page Choklit Shoppe di muka buku masing-masing. Hahaha.. atau di Instagram #choklitshoppe

Kalau teringin cuba, datanglah! 

No comments:

Post a Comment